Hari yang sungguh bermakna buatku tahun ini. Semoga tahun-tahun mendatang juga akan ada keceriaan sebegini......terima kasih atas ucapan dan ingatan dari saudara-mara, sahabat handai, rakan-rakan di facebook dan semuanya yang mengenali ku.
Hari ini adalah tarikh yang ditunggu-tunggu olehku setiap tahun..... maka muncul jugak ia tahun ini. Aku masih bernafas dan sentiasa bersyukur kerana mungkin kah ada esok bagiku. Ya Allah Yang Maha Esa, izinkan ku memohon kepadamu agar diri ini sentiasa dibawah lindunganMu Ya Allah. Ya Allah jadikan aku isteri yang soleha dan ibu yang mithali...(dengan harapan) agar dapatku melihat pembesaran dan kejayaan anak-anak ku yang hanya 2 orang iaitu Muhammad Syafiq dan Muhammad Syaqif.
Dari setahun ke setahun meniti usia. Semakin meningkatnya usia, aku dapati masih banyak lagi yang perlu dipelajari dan ku kejar.
Moga aku masih diberi kesempatan untuk berbuat demikian.... insyallah... amin
No comments:
Post a Comment