Friday, December 31, 2010

Cupcake Engagement


Salam Sejahtera,


Terima kasih kepada Dhiya, JPA Pencen, Bahagian Teknologi Maklumat atas tempahan 15pcs Cupcake bertemakan Merah/Putih dikelilingi love shape. Majlis Pertunangan akan berlangsung pada 01/01/2011 semoga majlis berjalan lancar dan berbahagia selalu.

Fondant 31/12



Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada Lina, KPPT dari Damansara atas tempahan 1kg kek choc moist fondant bertema peach/putih buat sahabat beliau Fendi dan Azlin yang akan melangsungkan majlis pertunangan beliau pada 01/11/2011.

Hari Orientasi


Salam Sejahtera,


Hari ini adalah hari orientasi anakku Muhammad Syaqif ke ambang persekolahan . Syaqif dimasukkan ke Kelas Matahari bawah Cikgu Haslinda....Pra sekolah ....wah seronoknya dia dapat balik cikgu kesayangannya....dan pembantu cikgu kesayangannya kak surianie.....Alhamdullilah nampaknya kami tak menghadapi masalah kerana tahun 2011 adalah tahun kedua beliau ke pra sekolah.
Mudah-mudahan tahun 2011 ini mematangkan lagi anakku dan belajar dengan lebih cemerlang. Biarpun ini saja yang dapat ku beri kepadanya tidak seperti kanak2 lain yang mungkin lebih mewah dengan memasuki sekolah smart reader. Padaku mana-mana sekolah pun kalau budak yang rajin tentu dapat menafaatkan setiap pembelajaran yang diberi.

Sunday, December 26, 2010

Wedding 26/12



Salam Sejahtera,

Terima kasih Puan Zarina, DCA atas tempahan 3tier Wedding Cake bertemakan Oren/Kemerahan buat Majlis Persandingan Syawal Dan Irma di Kampung Limau Manis. Semoga pasangan berbahagia ke anak cucu....amin

Brownies Again


Peace be upon u,

Brownies for the special occasion and wishes.....

Anniversary Cake



Salam Sejahtera,

Terima kepada Puan.... di BHEUU atas tempahan kek Anniversary buat mak & ayah yang ke 50 tahun bersama.....so sweet...

Sunday, December 19, 2010

Anniversary Cupcake


Salam Sejahtera,
Terima kasih Siti Izawati dari KKM, Presint 3 atas tempahan cupcake untuk Anniversary ke 7 beliau..... semoga kasih berpanjangan ....

Saturday, December 18, 2010

Pertemuan Rakan SABian 81




Salam Sejahtera,

Hari ini 18 Disember 2010, sekali lagi pertemuan rakan SABian tahun 1981. Pertemuan kali ini bertempat di rumah Puan Faridah Mohamad di Bukit Bandaraya Shah Alam. Sempena majlis Khatam Quran anak beliau, saya di pertemukan dengan beliau iaitu Puan Faridah Mohamad (dengan nam gelaran FAB sewaktu sekolah) dan juga En Shahrudin. Disamping itu turut serta adalah Puan Nor Azizah Golam dan Puan Normah Jais.
Dikhabarkan bahawa Tuan Haji Ghazali turut hadir tetapi beliau telah balik awal atas urusan peribadi. Semoga dengan pertemuan ini dapat kita mengeratkan lagi silaturahim antara kita.

Fondant 17/12

1kg Fondant Moist Chocolate Cake bertema purple/putih


Salam Sejahtera,
Terima Kasih kepada Puan Yus, Presint 11 atas tempahan kek Pertunangan Azwani & Anwar yang bertemakan warna purple/putih. Semoga berpuashati dengan hasil yang disampaikan huuu...huuuu



Sunday, December 12, 2010

Tempahan pada 9/12

2kg Chocolate Moist Kek bertema rantaian kasih.... boleh gitu

Tempahan dari Pn Syima, neighbour jalan P11C/2 buat suami beliau En Shamsudi, BPTM. Tempahan 2kg Chocolate Moist kek berserta 2kotak Cheese Marble Brownies. Semoga kebahagian beliau berdua berkekalan....amin



1kg Blueberry Cheese Kek....bertema ala-ala padang golf
Tempahan dari Maa, KKM buat suami tersayang beliau .... maaf kerana kayu golf agak kecil heeheee.....kena praktis melukis lepas ni.


1kg Chocolate Moist Kek
Tempahan ini dari Pn Shamsiah , Presint 8 Fasa 4A..... buat suami tersayang dan ayah kepada anak-anak beliau.... semoga berbahagia selalu


25pcs Choc Moist Cupcake berkrim bertema kuning putih.....
Tempahan ini dari Pn Roslina Puteh, DCA untuk dibawa ke Terengganu ....bersama2 ini jugak beliau telah menempah 25pcs Cheese Marble Brownies dan 25pcs Brownies
1kg Chocolate Moist
Tempahan dari Pn Farah Mariana, Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Harta buat makan2....



Saturday, December 11, 2010

Wedding 12/12

Gambar ikhsan - setelah dipasang tiangnya

Salam Sejahtera,

Terima kasih kepada Cik Aishah dari KKM, Presint 3, atas tempahan kek fondant 2tier buat sahabat beliau Zira sempena majlis perkahwinan beliau di Bandar Tun Razak Cheras.


1st tier berbentuk love bertemakan silver dan berbunga merah/putih
2nd tier berbentuk bulat bertema silver dan berbunga merah/putih

nilah kedua2 tier yang masih belum di pasang tiangnya.....
1kg Kek Choc Moist untuk hantaran
Bertemakan silver dan bunga keorenan heehee....










Monday, December 6, 2010

Fondant Wedding Cake

1kg Choc Moist with fondant bertemakan merah/putih

Selamat Sejahtera,

Sebelum memulakan N3 ni, saya nak ucapkan selamat tahun baru Maal Hijrah kepada seluruh umat islam di dunia ini....

Terima kasih kepada Fadila, my neighbour next road jer..... atas tempahan kek pengantin fondant untuk adik beliau. Tempahan ini adalah pada 2 disember 2010.... sebenarnya beliau tempah 1 kek fondant, 5 kotak brownies dan 2 kotak cheese marble brownies.... maaf ada gambar yang tak sempat nak snap....


1kg Choc Moist with fondant bertema kuning keemasan

Terima kasih kepada Cik Zuraidah dari Sunway Lagoon Resort atas kepercayaanmu.... Tempahan ini buat saudara beliau yang akan bertunang pada 27 Nov 2010. Dan tempahan ini telah dihantar ke Sunway pada malam hari 26 Nov 2010 disamping itu beliau juga menikmati 1 ktk Cheese Marble Brownies.
Selepas selesai menghantar tempahan langsung kami menikmati steam boat kat Flaming Steamboat Buffet. Harganya very reasonable dan sedap dari Red Wok kat bangi 2..... kalau u all nak try boleh survey web site dia tau k www.flamingsteamboat.com selamat mencuba


BEBERAPA TEMPAHAN

1kg Pandan Layer Kek

Tempahan dari Cik Aishah, RELA iaitu 1kg Pandan Layer Kek , 1kg Carrot Walnut w/o cream dan 2 bekas Kek Caramel....untuk hidangan ofis beliau.... selamat menikmatinya
1pcs Pandan Layer Cake....as request
25pcs Pandan Layer Cake

Tempahan dari Maybank Menara....untuk meeting


1kg Kek Tiramisu

Terima Kasih Khatijah, UPKK atas tempahan 1kg kek Tiramisu...


1pcs Choc Moist Cupcake

Kek ini buat En Kamarul, unit Dana. Small kek untuk belated birthday request


25pcs Choc Moist Cupcake


Tempahan dari Puan Rohaya dari Jab. Insolvensi Malaysia.....25pcs cupcake untuk pertunangan anak saudara beliau

25pcs brownies

Tempahan dari Maybank Menara buat staff yang belated birthday heeheee.... agaknya


20pcs Pandan Layer Cake

Tempahan dari Stacy untuk kakak beliau....ofis kakak beliau ada meeting dah...yang bawah tu pun dia punya jugak lah
25pcs Cheese Marble Brownies & 20pcs Pandan Layer Kek








Saturday, November 20, 2010

Pn Rohatul son's besday

1kg Kek Puding Karemal - 3 bekas
2kg Moist Chocolate Cake bentuk bola



Salam Sejahtera,


Terima Kasih Pn Rohatul Akmar dari Kementerian Belia dan Sukan Bukit Jalil atas tempahan 2kg Chocolate Moist berbentuk bola dan 3 bekas Kek Puding Karemal. Tempahan tersebut buat putera tersayang beliau Isyraf Zikry menyambut ulangtahun ke 9 tahun....semoga berjaya dalam segala lapangan....


Majlis Akhir Tahun Pra Sekolah

Salam Sejahtera,

Terima Kasih kepada Cikgu Haslinda dari Sekolah Presint 8(1) Prasekolah atas tempahan 2kg Blueberry Cheese Cake bagi meraikan 2 majlis tersebut diatas

Tempahan Raya Aidil Adha

1kotak 25pcs Brownies dan 2 kotak 25pcs Cheese Marble Brownies tempahan dari Pn Nadzemah dari Kementerian Pelajaran Putrajaya
1kg Blueberry Cheese Cake tempahan Puan Rohana, Unit DANA


25pcs Brownies tempahan Puan Azila, Eg-Ag

Tempahan 3 kotak brownies dari Puan Nadia, Maybank Kuala Lumpur


Kepada semua pelanggan,


Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir & Batin dan terima kasih atas sokongan anda semua....





Friday, November 12, 2010

Farah Friend's B'day

Salam sejahtera,

Terima kasih Nur Farah dari Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Harta atas tempahan 1 kg Chocolate Moist Kek




Rohaya Special Occasion

Salam Sejahtera,

Terima Kasih, Pn Rohaya dari Jab Insolvensi Malaysia atas tempahan 1ktk Special Occasion Brownies. Bertema warna pink....semoga berpuashati....