Thursday, July 8, 2010

Chiffon Gula Melaka - CMG


Salam sejahtera,


Ari ni nak bercerita pasal berjaya membuat kek Chiffon Gula Melaka - CMG. Memang sedap sangat..... bukan apa kebetulan masa gi negeri melaka ada beli gula melaka ingat nak buat kuih buah melaka tapi dah jadi chiffon gula melaka..... Terima kasih kat CMG resepinya memang best harus cuba. Sebenarnya ada cerita disebalik kek ni mula2 rasa macam tak mungkin jadi sebabnya terlupa letak minyak huuuhuuuu... sedih sangat nasib baik tak bakar lagi. So akak keluarkan balik dari loyang dan masukkan minyak dan bertawakal jer agar boleh menjadi. Dan lihatlah hasilnya alhamdulilah ok sangat dan sedap.

Disini di sertakan resipi copy dari CMG untuk semua mencuba.


BAHAN-BAHAN "A" :-)

4 kuning telur
3 camca besar minyak masak
95 g gula melaka, hiris halus
*65 g air*1 helai daun pandan, disimpul*(*disatukan, masak hingga gula larut, tapis dan sejukkan)
95 g tepung kek (mat guna tepung gandum)
1/4 camca teh baking powder
15 g sebuk santan segera
Secubit garam


BAHAN-BAHAN "B" :-)

4 putih telur
30 g gula halus
1/4 camca teh cream of tartar


CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C, siapkan tin chiffon berukuran 23 cm atau 9 inci, tak payah disapu mentega atau margerine. Ketepikan.
Dalam satu bekas, satukan semua bahan2 "A", kacau dengan whisk hingga semua sebati. Ketepikan sebentar.
Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar, tambah cream of tartar, putar hingga putih telur kental. Ambik 1/4 putih telur tadi dan gaul rata dalam no. 2 hingga rata.
Tuang bancuhan tadi dalam baki putih telur dan adun dengan kaedah kaup balik hingga rata dan sebati. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 40 - 45 minit hingga masak.
Terbalikkan tin kek dan biar ianya sejuk dalam keadaan terbalik. Kemudian sisip tepi tin dengan pisau tajam, tarik keluar dan sisip pula bahagian bawahnya. Tanggalkan dari acuan dan boleh dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment