Friday, July 30, 2010

Farish Besday


Salam sejahtera,

Terima kasih Pn Munizah dari MOF atas tempahan 1 kg Chocolate Moist with Upi & Ipin untuk putera ke 2 beliau........ Farish Amani pada 27.7.2010. Semoga farish menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam kehidupan mendatang......... amin.

Wednesday, July 28, 2010

A & A Brownies



Salam sejahtera,

Mekasih Misya, DCA Putrajaya atas tempahan brownies untuk 2 anak saudaranya A & A ( Ariff & Ayra) heeheee.... suka-suka jerkan akak bagi tajuk .... moga mereka gembira dengan brownies tersebut.... dan 2 kotak lagi buat saudaranya juga..... untuk dibawa ke segamat..... moga selamat.

Tuesday, July 27, 2010

Besday Syaqif

Oreo Cheese Cream Cake with M&M.... permintaan birthday boy.
Gembira dengan kek permintaannya.....
Qif bersama Ibu
Qif bersama ayah
Qif bersama abang....lambat sangat...M&M dah cair
Brownies untuk kawan2


Salam sejahtera,

Happy Birthday Syaqif yang ke 5 tahun.... tahun ni syaqif tak nak potong kek kat sekolah tapi nak bagi brownies gambar toy story & ben 10 dan jajan kat kawan2 kat Pra Sekolah Presint 8. Tengoklah tu punyalah seronok nak packing jajan..... layan jerlah.... yang penting dia happy.. Syaqif potong kek bersama ayah, ibu dan abang jer.

Tahun ni genap anakku syaqif 5 tahun.... mudah-mudahan menjadi anak yang soleh, berjaya dalam segala lapangan, anak yang penyayang yang dapat menjaga ibubapanya dihari tua nanti, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Sofea Day


Salam Sejahtera,


Mekasih Sofea dari DCA, Putrajaya. Tempahan 25pcs chocolate cupcake with cream & fondant....

Monday, July 19, 2010

Sofea Besday

Peace be upon u,

Happy Birthday to Sofia from DCA, Putrajaya.... this cake order from the husband for the loving wife sofea.....1 kg choc sponge cake with cream.

Thursday, July 15, 2010

21st Anniversary



Salam Sejahtera,

Hari ini adalah tarikh sebenar Wedding Anniversaryku yang ke 21st..... alhamdullilah moga allah s.w.t panjangkan jodoh kami amin.....sambutan tahun ni sederhana dan kek anniversary ini adalah sponge kek berkrim..... inilah hasil pertama ku membuat kuntuman2 bunga ikut suka heeheee......puashati kerana berjaya menghasilkan kuntuman bunga ros yang ku idam-idamkan..

Pagi ini ku terima MMS dari suami tersayang sekuntum mawar merah..... sekarang ni dah canggih pakai MMS jer....... ku sambut dengan penuh kasih sayang heeheee...... jiwanglah pulak...

Buat anak-anakku berdua, ku hanya berharap mereka mendoakan kami berdua sihat, panjang umur (sbb anakku yang kecil baru nak masuk 5tahun), panjangkan jodoh kami dan murahkan rezeki kami.... boleh gitu.....

Hijrie & Yamin B'day







Salam Sejahtera,

Terima Kasih Pn Nurhuda, Jabatan Kastam Diraja Malaysia atas tempahan 3 kotak brownies dan 1 kotak cheese marble brownies. Happy Birthday kepada 2 putera beliau Hijrie dan Yamin. Semoga membesar dengan sihat heehee.... dan menjadi anak yang soleh...amin

Friday, July 9, 2010

Tetty Beloved Husband B'day



Peace be upon u,
Thank Tetty (is my niece) from Subang Impian (TV3 staff). Order 1kg chocolate moist with cream. She want it this celoreng like army cloth..... heehee..... i hope she like it with this design.... because her husband is army officer....

Allysa Kasih 4


Salam sejahtera,


Mekasih Wati dari Menara Maybank, Maybank tempahan cheese brownies buat putrinya Allysa Kasih 4 tahun..... semoga bergembira.......

Thursday, July 8, 2010

Chiffon Gula Melaka - CMG


Salam sejahtera,


Ari ni nak bercerita pasal berjaya membuat kek Chiffon Gula Melaka - CMG. Memang sedap sangat..... bukan apa kebetulan masa gi negeri melaka ada beli gula melaka ingat nak buat kuih buah melaka tapi dah jadi chiffon gula melaka..... Terima kasih kat CMG resepinya memang best harus cuba. Sebenarnya ada cerita disebalik kek ni mula2 rasa macam tak mungkin jadi sebabnya terlupa letak minyak huuuhuuuu... sedih sangat nasib baik tak bakar lagi. So akak keluarkan balik dari loyang dan masukkan minyak dan bertawakal jer agar boleh menjadi. Dan lihatlah hasilnya alhamdulilah ok sangat dan sedap.

Disini di sertakan resipi copy dari CMG untuk semua mencuba.


BAHAN-BAHAN "A" :-)

4 kuning telur
3 camca besar minyak masak
95 g gula melaka, hiris halus
*65 g air*1 helai daun pandan, disimpul*(*disatukan, masak hingga gula larut, tapis dan sejukkan)
95 g tepung kek (mat guna tepung gandum)
1/4 camca teh baking powder
15 g sebuk santan segera
Secubit garam


BAHAN-BAHAN "B" :-)

4 putih telur
30 g gula halus
1/4 camca teh cream of tartar


CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C, siapkan tin chiffon berukuran 23 cm atau 9 inci, tak payah disapu mentega atau margerine. Ketepikan.
Dalam satu bekas, satukan semua bahan2 "A", kacau dengan whisk hingga semua sebati. Ketepikan sebentar.
Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar, tambah cream of tartar, putar hingga putih telur kental. Ambik 1/4 putih telur tadi dan gaul rata dalam no. 2 hingga rata.
Tuang bancuhan tadi dalam baki putih telur dan adun dengan kaedah kaup balik hingga rata dan sebati. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 40 - 45 minit hingga masak.
Terbalikkan tin kek dan biar ianya sejuk dalam keadaan terbalik. Kemudian sisip tepi tin dengan pisau tajam, tarik keluar dan sisip pula bahagian bawahnya. Tanggalkan dari acuan dan boleh dihidangkan.

1st Anniversary




Salam Sejahtera,

Terima Kasih Halim dari Kem. Dalam Negeri Putrajaya atas tempahan 1kg Chocolate Moist untuk 1st Anniversarynya.... semoga jodoh berkekal hingga akhir hayat.... amin...

Disini gak nak ucapkan terima kasih pada Nor dari Kem. Dalam Negeri atas tempahan 1kg Chocolate Moist untuk putrinya Batrisya maaf gambar tak dapat upload sebab guna camera lama ada masalah pulak.....

Dan juga terima kasih pada Syima dari Pinjaman Perumahan atas tempahan 2kg Cheesecake untuk staff birthday month of Mei & Jun 2010. Maaf tak dapat upload gambar atas sebab yang sama seperti diatas.

Friday, July 2, 2010

Khatty Wedding(2)



Salam sejahtera,
Mekasih Khatty atas kepercayaan dan memberi peluang sekali lagi buat akak mereka bentuk heeheee ...... kek pengantin yang akan berlangsung esok di Labis,Johor. Kali ni permintaannya adalah Carrot Walnut with fondant.......semoga bergembira dan jodoh berpanjangan.

iNGEnICO zON

2kg Blueberry Cheese Cake


Salam sejahtera,

Terima Kasih Azrin wakil Zon INGENICO heeheee........bagi tempahan 2kg Blueberry Cheese Cake untuk birthday bulan Julai hingga September 2010 wau advance betullll..... tapi sebab sebulan lagi kita dah nak menyambut ramadhan.....bulan yang dinanti-nanti oleh semua muslim.