Monday, March 8, 2010

Percutian Singkat -Hatyai

Hotel Yong Dee Hatyai
adik sukakannya tapi tak sesuaiiii.... gambar jerlah
Nilah cool market


Layan kentang goreng McD jerlah...
Atas tut tut.... adik bersama abang
Samila Beach.... kami bertiga jer.....

Inilah duyong yang dok berebut nak bergambar heeheee....

Sempadan Thailand/Malaysia - Danok, Thailand
Pemandu Pelancong sedang bercerita heeheee....
Di Nora Plaza... hampesss

Salam sejahtera semua, alhamdullilah berakhir sudah percutian singkat 2hari 1malam ke bandar Hatyai dan Pantai Samila di Songkhla. Pemergian menaiki bas persiaran yang berlabuh diperkarangan Jabatan Kastam hehee semestinyalah puspanita kastam yang penganjurnya. Kami bertolak lebih kurang 11mlm setelah mengambikira pengambilan penumpang terakhir. Sepanjang perjalanan tido jerlah apa lagi.... melalui Bukit Kayu Hitam dan berlabuh di Danok untuk sarapan. Terus perjalanan ke Hatyai di Nora Plaza....agak mahal jugak....lalu ke Samila Beach Songkhla... menikmati pemandangan keindahan alam dengan pantainya yang bersih. Perjalanan seterusnya ke Yong Dee Hotel untuk check-in dan hotel budget yang mempunyai persekitaan bandar yang penuh dengan jual-jualan....kami tiga beranak menyusuli kedai2 untuk mencari apa boleh dibeli. Barangan di sana boleh dikatakan mahal jugak baik beli jer kat KL...tapi dah sampai cari barangan yang tak der kat KL jer lah hingga malam heeheee..... layan. Esoknya kami ke Padang Besar di Plaza City... nothing much to buy tapi jangan tak beli... beli jugaklah kukus nasi dagang.... jalan2 ke sempadan Padang Besar Thailand/Malaysia maka layan jerlah .... barangan makanan jadi habuan.... tu jerlah... Pulang melalui Padang Besar dan sampai ke Putrajaya jam 1.30mlm.... dan ari ni ..........kerja apa lagi....

No comments:

Post a Comment

Post a Comment