Kenangan di Madame Tussaud's, London England semasa percutian tahun lepas. Muzium patong lilin artis2 hollywood, bollywood, pemain2 sukan, perdana menteri dan raja-raja.
Madame Tussaud's wax muzium merupakan tempat tumpuan para pelancong sekiranya pergi ke London rasanya tak lengkap kalau tidak menjengah ke muzium ini terutama anak2 muda sekarang ni. Kedudukan muzium ini di Central London. Pengunjung memang sentiasa ramai.... masa nak masuk macam tak ramai tapi kat dalam siap beratur nak ambik gambar. Bayaran yang dikenakan adalah 25pound seorang itupun masih jugak ada orang yang sanggup masuk termasuklah aku ni heeheee........ masa tu terlupa kira exchange rate dalam RM heeheee....... Mengikut sejarah, Tussaud telah mencipta patong wax yang pertama di Voltaire tahun 1977.