
Kat Airport menuju ke van.

Ahli-ahli rombongan dari Kedah, Perlis & Putrajaya tu....

Foxberry Road, Brockley, London

Sesampainya di Stansted Airport London

Di LCCT Airport, Sepang
Peace be upon u
Hari ini ku ingin merehatkan minda dengan mengingati hari-hari yang telah berlalu dan menikmati kembali percutian ku ke kota London. Percutian ku selama 13hari meninggalkan keluarga pergi sendirian bersama teman-teman perempuanku heehee.... Perjalananku bermula pada isnin 12 Oktober 2009 pukul 4.00ptg dengan menaiki pesawat airasia. Yang seronoknya kami naik Air Mauritius Boieng apa lagi dapat makanan percuma weiiii.... siapa sangka kalau tidak samada booking siap makan atau bayar atas flight tapi kali ni percuma wau best. Perjalanan kami 14jam sangat membosankan apa lagi tido jerlah.... nonton tv (cerita tak menarik langsung) atau tido....
Berbekalkan puff sardin yang ku cuba dari blog menggunakan roti pratar brand kawan. Apa lagi makan lagi.... teman-teman pun join sekali macam berkelahlah pulak.
Sesampai ke Stansted Airport London pada tarikh yang sama pukul 11.00 malam waktu london. Setiba kat sana kali disambut oleh rakan yang tinggal di London iaitu Kak Zaherah. Walaupun tadi dah banyak tido tetapi bila nampak malam dengan otomatik gantuk balik heeheee..... kuat tido lah ni. Pada malam tersebut kami pun terus ke rumah Kak Zaherah di Foxberry Road, Brockley SE4 2SP London sebelum memulakan perjalan ke kota London keesokan harinya.